Sunday, May 14, 2017

Keratan akhbar utusan melayu

Sunday, February 19, 2012

Ping pong @ table tennis

Kenapa ping pong @ table tennis begitu unik?
Ping pong adalah satu permainan yang unik dan membawa kebaikan diluar jangkaan.
Berikut adalah kebaikan bermain ping pong:

1. Kepada kesihatan dan kecergasan

Permainan ini sangat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan diri dan ia juga meningkatkan kemampuan jantung untuk berfungsi. Ia adalah permainan yang sangat laju. Dengan hanya beberapa pergerakan dan pukulan bola putih @ oren dalam seminggu dapat mencergaskan anda

2. Kesesuaian Tubuh

Permainan ini adalah mudah. Anda boleh dimainkan mengikut kesesuaian diri dan tahap

3. Sesuai pada semua peringkat umur

Tiada had umur diperlukan sehingga terdapat juga ahli kelab pingpong yang berumur 60 tahun melawan remaja yang berumur 15 tahun. Terdapat kes yang mana atlet OKU dapat memberi saingan yang sengit dengan atlet yang cukup sifat.

4. Permainan seumur hidup

Tiada istilah menggantung bat atau raket dalam pingpong. Semakin lama bermain, semakin tinggi taktik yang dipelajari terutamanya dari segi spin dan reflek diri.

5. Menjadikan minda sentiasa 'tajam'

Permainan ini bagus untuk latihan untuk otak kita. Ia memerlukan pemikiran yang fokus, perancangan, strategi, teknik dan reflek anggota. Oleh itu, ia amat sesuai untuk mereka yang makin berumur untuk sentiasa cergas.

6. Boleh dimainkan dimana sahaja

Permainan ini adalah jenis 'indoor game'. tak perlu risau dengan bahaya UV light, perubahan cuaca, perubahan musim.

7. Ramai kawan

Permainan ini memberi peluang untuk berkenalan dengan ramai kenalan. Berbincang strategi dan teknik akan membuatkan perbualan tidak berhenti sehingga ke subuh.

8. Tidak perlu peralatan yang mahal.

Peralatan untuk permulaan hanyalah sekitar RM20.00. Namun terdapat juga getah dan raket yang mencecah ratusan ringgit. Namun, dengan modal RM20.00 boleh mencergaskan minda, apa la sangat kan? hehehehe

*sumber diambil dari :http://tabletennis.about.com/od/beginnersguide/tp/reasonstoplay.htm cuma untuk berkongsi. Kalau salah harap maaf ye..

Friday, November 13, 2009



Mari kita belajar menyanyi bersama adik Ahmad Yahya

Hari pertama Mem'blogger'....





Hari pertama mem'blogger' di Kolej Komuniti Sabak Bernam.













gambar yang curik daripada blog ini..
http://sktebokjawa-berilmudanberbakti.blogspot.com/